Kamus Kalau Tak Paham

Wednesday, 14 November 2012

Soya BUKAN Horlick

SOYA SUSU SAMA


Lemme talk about SOYA ! soya? ape tu? sejenis makanan or minuman or apa-apa jelah.
Kalau orang yang kulit putih sure suke soya kan? Aku hitam legam dan penBENCI tegar soya. Hampeh tak sedap. Tapi kotak soya kat atas tu comelkan? Cik google hadiahkan tadi. :D


Benda bujur berwarna koko muda paling aku benci lepas susu. Susu? xsedap kecuali susu GOODDAY. yang tu sedap. 7 kali hadap habis licin. Tapi-tapi diaorang banyak khasiat tau. Soya buleh kurangkan risiko jantung, mempercepatkan peredaran darah, membung toksin-toksin dalam badan and blablabla. ~


Lagi-lagi soya. Lagi-lagi susu -__-''

Packing macam mana pun kau soya. Aku tak tergugat biarpun sekarang perut aku tengah lapar dan tekak aku sangat dahaga. Kepada penTAKUT or penBENCI soya teruskan usaha anda macam saya. Jyeahh !!

Till then. Chaww soya ~ :*

Thursday, 1 November 2012

S.A.H.A.B.A.T


"Seandainya engkau bertemu kawan yang sanggup bersusah payah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukan seorang kawan tetapi seorang saudara, sahabat sejati yang sukar dicari ganti" 
- Sya -

Rasulullah saw pernah berpesan : "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Then, berhati-hatilah dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

So, ciri-ciri sahabat yang baik ade banyak. Abenda? Meh check whether korang dah jumpa belum sahabat yang baik :

*Jika korang berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
*Jika korang rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan tu.
*Jika korang memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
*JIka korang menghulurkan suatu kebajikan dia akan menerimanya dengan baik.
*Jika dia mendapat suatu kebajikan daripada korang dia akan menghargai dengan menyebut kebajikan korang kasi.
*Jika dia melihat ade benda yang tidak baik dekat korang dia kan menutupnya.
*Jika korang meminta bantuan, dia akan mengusahakannya.
*Jika korang ditimpa kesusahan (sedih, ptus harapan, etc) dia akan meringankan kesusahan korang.
*Jika korang berdiam diri, dia kan bertanya kenapa.
*Jika korang berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan korang.

See, korang boleh nampak ciri-ciri dia. Senang saja cari orang macam di atas. KEIKHLASAN tu penting. Korang jangan la mementingkan diri korang masa sahabat korang punya masalah. Jangan sibuk menceritakan masalah korang pada dia sedangkan dia tengah bersedih. Cuba tolak ketepi sikap selfish korang tu. Bukan apa, kalau suatu hari nanti dia dah tinggalkan korang sebab sifat selfish korang sudah tentu korang akan hilang sebutir permata yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah PERSAHABATAN.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan :
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu :
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

"S.A.H.A.B.A.T"

Jika sahabat korang melukakan hati, lukislah pada awan agar ia cepat berlalu pergi. Jika dia berbuat kebaikan, pahatlah pada batu agar ia kekal sepanjang hidup. :')

Till then ~ Chaww ~

Joker Tralalala

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
budak baik,err xjugak.. nakal sikit-sikit..saya mudah terasa tapi saya suka tolong orang..(TERpuji diri sendiri ops!) saya boleh buat lawak..:-)