Kamus Kalau Tak Paham

Saturday, 27 October 2012

Benarkah mendengar lagu itu haram?


Hari ni aku nak kongsi pasal "Benarkah mendengar lagu itu haram?". Bukan apa, kadang-kadang aku ade dengar orang cakap dengar lagu itu haram. Haram kalau MELALAIKAN. Itu opinion aku. So, masalah naynyian yang disertai dengan muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahaskan sejak dulu lagi. Kan? Actually, para ulama' bersepakat bahawa semua bentuk naynyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur tidak baik , bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.

Namun, dalam kalangan ulama' fiqh terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ni. Para ulama' juga telah menyetujui dan memBOLEHkan apabila ingin meraikan suasanaa gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar and others.

Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu manyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga bersifat dakwah dan doa. Semua ni bergantung pada tujuan dan niat sebenarnya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud :

"Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa yang diniatkan." (HR Bukhari dan Muslim)

Bagi sesiapa yang melakukannya bertujuan kemaksiatan, maka menyebabkannya menjadi orang fasik dan ianya diLARANG. Jika sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan hal-hal terpuji sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.

Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarnya adalah antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:

"Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi Muhammad ke rumah 'Aisya R.A pada hari raya, ada dua jariah(hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan 'Apakah lawayk perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah S.A.W?' Kemudian nabi bersabda "Wahai Abu Bakar, biarkan mereka, hari ini adalah hari besar"

So bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ni. Tak lah terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.

Semoga apa yang kita dapat, sama-sama kita amalkan dan sampaikan. InsyaAllah :)

No comments:

Post a Comment

Joker Tralalala

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
budak baik,err xjugak.. nakal sikit-sikit..saya mudah terasa tapi saya suka tolong orang..(TERpuji diri sendiri ops!) saya boleh buat lawak..:-)