Kamus Kalau Tak Paham

Wednesday, 14 November 2012

Soya BUKAN Horlick

SOYA SUSU SAMA


Lemme talk about SOYA ! soya? ape tu? sejenis makanan or minuman or apa-apa jelah.
Kalau orang yang kulit putih sure suke soya kan? Aku hitam legam dan penBENCI tegar soya. Hampeh tak sedap. Tapi kotak soya kat atas tu comelkan? Cik google hadiahkan tadi. :D


Benda bujur berwarna koko muda paling aku benci lepas susu. Susu? xsedap kecuali susu GOODDAY. yang tu sedap. 7 kali hadap habis licin. Tapi-tapi diaorang banyak khasiat tau. Soya buleh kurangkan risiko jantung, mempercepatkan peredaran darah, membung toksin-toksin dalam badan and blablabla. ~


Lagi-lagi soya. Lagi-lagi susu -__-''

Packing macam mana pun kau soya. Aku tak tergugat biarpun sekarang perut aku tengah lapar dan tekak aku sangat dahaga. Kepada penTAKUT or penBENCI soya teruskan usaha anda macam saya. Jyeahh !!

Till then. Chaww soya ~ :*

Thursday, 1 November 2012

S.A.H.A.B.A.T


"Seandainya engkau bertemu kawan yang sanggup bersusah payah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukan seorang kawan tetapi seorang saudara, sahabat sejati yang sukar dicari ganti" 
- Sya -

Rasulullah saw pernah berpesan : "Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya". Then, berhati-hatilah dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.

So, ciri-ciri sahabat yang baik ade banyak. Abenda? Meh check whether korang dah jumpa belum sahabat yang baik :

*Jika korang berbakti kepadanya, dia akan melindungimu.
*Jika korang rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan tu.
*Jika korang memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantumu.
*JIka korang menghulurkan suatu kebajikan dia akan menerimanya dengan baik.
*Jika dia mendapat suatu kebajikan daripada korang dia akan menghargai dengan menyebut kebajikan korang kasi.
*Jika dia melihat ade benda yang tidak baik dekat korang dia kan menutupnya.
*Jika korang meminta bantuan, dia akan mengusahakannya.
*Jika korang ditimpa kesusahan (sedih, ptus harapan, etc) dia akan meringankan kesusahan korang.
*Jika korang berdiam diri, dia kan bertanya kenapa.
*Jika korang berselisih faham, dia akan lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan korang.

See, korang boleh nampak ciri-ciri dia. Senang saja cari orang macam di atas. KEIKHLASAN tu penting. Korang jangan la mementingkan diri korang masa sahabat korang punya masalah. Jangan sibuk menceritakan masalah korang pada dia sedangkan dia tengah bersedih. Cuba tolak ketepi sikap selfish korang tu. Bukan apa, kalau suatu hari nanti dia dah tinggalkan korang sebab sifat selfish korang sudah tentu korang akan hilang sebutir permata yang tidak ternilai harganya iaitu sebuah PERSAHABATAN.

TUHAN aturkan antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati. Dalam 2 hati diberi 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu diselitkan 4 tujuan :
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN & BERSAMA. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu :
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersembunyi 6 impian iaitu :
SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu :

"S.A.H.A.B.A.T"

Jika sahabat korang melukakan hati, lukislah pada awan agar ia cepat berlalu pergi. Jika dia berbuat kebaikan, pahatlah pada batu agar ia kekal sepanjang hidup. :')

Till then ~ Chaww ~

Saturday, 27 October 2012

Benarkah mendengar lagu itu haram?


Hari ni aku nak kongsi pasal "Benarkah mendengar lagu itu haram?". Bukan apa, kadang-kadang aku ade dengar orang cakap dengar lagu itu haram. Haram kalau MELALAIKAN. Itu opinion aku. So, masalah naynyian yang disertai dengan muzik baik dengan alat ataupun tanpa alat adalah satu masalah yang sering dibahaskan sejak dulu lagi. Kan? Actually, para ulama' bersepakat bahawa semua bentuk naynyian atau lagu yang mengandungi unsur-unsur tidak baik , bertentangan dengan syariat Islam dan menganjur kepada berlakunya maksiat adalah HARAM.

Namun, dalam kalangan ulama' fiqh terdapat khilaf (perbezaan pendapat) dalam masalah ni. Para ulama' juga telah menyetujui dan memBOLEHkan apabila ingin meraikan suasanaa gembira dan bahagia, misalnya di waktu pernikahan, hari-hari besar and others.

Hakikatnya, tidak semua nyanyian atau lagu adalah tidak bermanfaat, kerana ada sesetengah lagu manyak mengandungi hikmah atau nasihat. Ada juga bersifat dakwah dan doa. Semua ni bergantung pada tujuan dan niat sebenarnya. Sabda Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah hadis, berikut merupakan petikan daripada hadis tersebut, mafhumnya bermaksud :

"Sesungguhnya tiap-tiap amalan itu bergantung pada niatnya; dan sesungguhnya apa yang diperoleh seseorang adalah berdasarkan apa yang diniatkan." (HR Bukhari dan Muslim)

Bagi sesiapa yang melakukannya bertujuan kemaksiatan, maka menyebabkannya menjadi orang fasik dan ianya diLARANG. Jika sebagai dorongan untuk melakukan ketaatan dan hal-hal terpuji sudah tentu ianya TIDAK DILARANG.

Dalil yang membolehkan menyanyi atau mendengarnya adalah antara lain dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Bukhari iaitu:

"Ketika Abu Bakar datang kepada Nabi Muhammad ke rumah 'Aisya R.A pada hari raya, ada dua jariah(hamba sahaya) sedang menyanyi, kemudian Abu Bakar marah dan mengatakan 'Apakah lawayk perbuatan syaitan ini dilakukan di hadapan Rasulullah S.A.W?' Kemudian nabi bersabda "Wahai Abu Bakar, biarkan mereka, hari ini adalah hari besar"

So bagi seorang Muslim dan Mukmin Sejati yang berhati-hati hendaklah mengambil langkah berjaga-jaga dalam hal ni. Tak lah terjerumus kepada melakukan dosa yang boleh menggelapkan hati.

Semoga apa yang kita dapat, sama-sama kita amalkan dan sampaikan. InsyaAllah :)

Saturday, 20 October 2012

Cinta 2012


Sebuah cerita tentang seorang lelaki berbangsa Cina ingin berkenalan dengan seorang budak berumur 16 tahun. Itu memang kebiasaan. Mungkin schoolmate, kawan lama, kawan sepermainan masa tadika? Apa-apa tanggapan dibenarkan. Jujur.

    Micheal Yip, 5 tahun lebih tua yang mana ketika awal perkenalan, beliau berumur 21 tahun. Beliau merupakan seorang interior designer muda yang penuh kotak fikirannya dengan idea yang bernas, inspirasi yang cantik, otak geliga, kreatif. Sumpah ideanya selalu diterima pakai oleh semua designer hebat. Mungkin itu kebolehan yang beliau perolehi untuk bekerja sebagai interior designer. Beliau juga seorang yang peramah, suka sangat bercerita dan senyum. Yip sangat handsome dan kelebihannya adalah kidal. Melalui cara beliau bercakap, memang nampak sangat yang beliau confident dengan apa yang ingin disampaikan. Brilliant !
 
     Irsya Amni, gadis berumur 16 tahun, jauh lebih muda. Seorang yang innocent, berbekalkan hati yang keras seperti batu kerikil dan berjiwa besar. Bahasa yang digunakan juga amat kasar. tak expect apa-apa sebab dia seorang budak baik kerana selalu mengikut ibunya. ibunya bekerja sebagai seorang businesswoman. Banyak di merata-rata tempat dah kena jumpa ramai client. sesekali Irsya terasa macam dia lah seorang usahawan muda. di usia yang muda, dah kena check tender, terkejar-kejar jumpa client, buat sebutharga dan jumpa supplier. Kadang-kadang dia berasa seronok dengan kerja sebegitu. Penat tentu sudah ! Tapi, ini pengalaman barukan? Dia ingin juga menjadi perintis utama dalam legasi syarikat korporat keluarganya. Bakal bergelar usahawan muda katakan !
 
     Dipendekkan cerita, keluarga Irsya bakal memasuki rumah baru dan memerlukan renovation sedikit. Dan Yip perlu menghandle projek tersebut. Beliau dipilih berdasarkan quatation, harga yang berpatutan dan sesuai dengan servis yang diberikan. Yip mula mengenali Irsya dan semakin rapat. Rapat hanya dalam kerja. Selain kerja, mereka kenal each other. Jujur !

     Dalam tempoh projek tersebut dijalankan, ada beberapa kali, Irsya dengan Yip berbual, bergurau, bercerita, minum semeja, berbincang dan bergaduh sedikit. Semua dilakukan atas dasar kerja ! Dan tidak lupa juga , bertukar nombor telefon. Dan pada saat itulah perkenalan antara Irsya dan Yip bermula. Boleh rasa indah tak?

    Irsya pindah masuk rumah yang sudah siap direnovate dalam awal tahun 2009. Dan dalam masa yang sama dia menghadapi SPM. Dalam tempoh tersebut, Yip ada berjumpa dan bercerita melalui surat elektronik. Irsya jarang-jarang dapat meluangkan masa dengan bercerita dengan Yip kerana kesibukannya dalam menempuh SPM. Cuma perkara penting sahaja yang dia sampaikan kepada Yip. Tidak lama selepas result SPM keluar, Irsya ditawarkan untuk ke PLKN selama 3 bulan. Jadi mereka tidak bersua muka hampir 2 bulan sebelumnya. Kemudian Irsya mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di UITM Merbok.

    Dalam tempoh Irsya belajar di universiti, mereka saling berhubung. Tapi hannya sebagai kawan biasa. Yang text bila rindu, yang call bila tak tahu nak buat apa. Bercerita kisah masing-masing kerana lama tak jumpa. Cerita penat bekerja, penat belajar, tolong buat assignment, terkejar ke sana ke sini. Saling mendengar kisah masing-masing dan biarkan ia berlalu begitu sahaja.

    Pada awal tahun 2011, ibu Irsya dapat satu tawaran kerja, projek membina rumah bungalow sekali dengan rekaan dalaman. Ini berikutannya, tuan rumah menetap di Kuala Lumpur dan sangat sibuk. Jadi, setelah berbincang dengan tuan rumah, ibu Irsya memilih untuk memanggil semula Yip. Pada waktu itu, Irsya sedang cuti semesta, kebetulan.

    Pada suatu hari, pertemuan dengan Yip diadakan. Ibu Irsya meminta tlong Irsya untuk membawa beliau ke tapak projek. Dalam masa yang sama, Yip tidak memberitahu Irsya bahawa mereka akan bertemu. Bila sampai ke tempat projek, seperti biasa Yip akan memberi senyuman. Manis !

   Projek tersebut berjalan dengan baik. Perhubungan Yip dengan Irsya semakin rapat kerana Irsya sedang bercuti. Jadi, dia lah yang perlu ke sana ke mari. Kadang-kadang ibu Irsya akan menyerahkan kepada Irsya untuk melaksanakan projek tersebut.

   Setelah sekian lama, Yip melamar Irsya untuk berkawan dengan lebih rapat lagi. Jadi, dipanggil "Teman Tapi Mesra". Yip memang jenis tidak suka ber'sms'. Cuma sejak kebelakangan ini, sebab Yip suka, jadi dia gemar ber'sms. Kadang-kdang email sudah mencukupi. Teknologi di hujung jari. Cumanya, Irsya tidak terlampau mearuh perasaan kerana Irsya tahu perhubungan antara dua agama yang berbeza tidak mungkin akan berlaku. Tapi Irsya layankan juga.

'My heart is for you, Irsya. -Yip'
'You are the designer to my heart- Yip'
'You change me a lot sayang.-Yip'
Di antara kata-kata Yip untuk Irsya.

    Perhubungan mereka semakin serius setelah mendapat restu dari ibu Irsya. Tempoh perkenalan selama 4 tahun ini betul-betul diidamkan oleh Yip. Irsya juga. Dipendekkan cerita, Irsya kembali ke universiti kerana cuti semestanya telah tamat. Dan sejak akhir-akhir ini Yip selalu tidak sihat. Berjumpa pun atas alasan kerja. Tapi Yip masih boleh kendalikan semua projek yang diperoleh dengan baik.

   Pada malam tahun baru, Irysa pulang ke kampung kerana ingin berjumpa dengan neneknya. Dalam perjalanan, Yip telah mengirim mesej yang Irsya akan menerima kejutan pada 1/1/2012. Irsya menjadi tidak sabar untuk mengetahui kejutan itu. Dalam perjalanannya ke Melaka, Irsya mendapat panggilan telefon dari Yip. Senyap sunyi. Irsya berasa pelik. Irsya terdengar ada orang menyebut 'ASHADUALLA ILAHA ILLAHLLAH WA ASHADUANNA MUHAMMADARASULULLAH'

   Irsya terkejut dan panggilan terputus. Kemudian, ada panggilan dari nombor yang tidak dikenali masuk.

"Sya, Yip passed away. All this while, he was suffering of brain cancer. You have to see him before the funeral okay? Get here ASAP ! I'm sorry."

   Irsya terkedu sebaik sahja telefon dimatikan. Dia meminta tukar pemanduan dengan ayahnya untuk terus balik ke Nilai. Menurut kawan Yip, Yip masih berada di Hospital Sidney, Aussie. Dalam perjalanan, Irsya hanya memikirkan kenangan-kenangan yang telah dia lalui bersama YIp. Air mata tidak hent-henti bercucuran. Sedu sedan Irsya turut diratapi oleh ibunya. Sedih barangkali melihat nasib anaknya.

   Sampai sahaja di rumah ibu Yip, senyum kelat dari wajah tua ibu Yip menyambut mereka. Ibu Yip menahan airmata agar tidak gugur. Namun, tewas. Anak kesayangannya telah pergi tanpa meninggalkan sebarang pesan atau tanda. Irsya tidak mampu berbuat apa-apa selain daripada menangis. Irsya disuruh oleh ibu Yip untuk memasuki bilik Yip. Dalam bilik tersebut, ibu Yip memberitahu :

"Sya, I'm really sorry for not telling you the truth. This was his last request . When he knew you, he elt that you are the person he's waiting for. For the first time he fell in love. He learned about islam, when you are not here. Eventhough he not feeling well, you tough him about life, happiness, the difficulty though many circumstances and the future. He converted Islam almost two years back. I'm sorry. In this box there are many things for you from Yip. He kept then all while and he wished to meet you yesterday. But you are going back to hometown. So, he cancelled."

Irsya tidak menahan sebak. Dia menangis teresak-esak. Terdapat satu diari Yip.

17 Mei 2008.
Today ish her birthday, i decided to give her a nice necklace. But, i don't think she will accept it. So, I kept it because i worried about this now. I missed to look at her smile. Damn cute ! lols.

Irsya melihat seutas rantai terukir huruf Y.I

18 June 2009.
I converted to Islam this morning. My new name is Muhammad Afiq Adrian. I choose that name because Irsya really liked that name. I felt nervous but so do excited. But, through my study, learning from ustaz, the story about the prophet. Very excited now to tell her the truth ! Hope she will not be fainted. InsyaAllah.

20 June 2009.
I wanna give this telekung to her and her mother. Hope she like it. May she remember me always. Hopefully. Aamiin.

14 August 2009.
I did this Ayat Kursi for her. I write in tulisan khat and framed it. I wished to give her. But, lil bit dirty because saya tak mahir lagi.

Irsya terus memeluk erat frame ayat kursi tersebut. Ada sepucuk surat dalam kotak tersebut.

'Assalamualaikum awak ! Ada banyak cerita saya nak bagitau awak. I wrote it for you already in those diary. Wished you read all of them. It about us, sayang. I sayang you lah. Sampai I mati ! Maybe, when you read this letter I'm already off. I'm not with you anymore. I akan pergi jumpa Dia dulu. Saya minta maaf sebab tak bagitau perkara sebenar.. But you knew right? secrets is my priority. This is was your upcoming birthday. Hope you liked that necklace. Wear it, okay sayang? You remembered those word I told you? Jaga diri baik-baik. I dah tak ada. I don't have time to talk a lot here. Just wishing the best in your future.You made all my days, my life so do my future. I love you till death. I hope that you will not regret in anything that we made together. You must stronger when i am not around. Don't cry and be moody all the time. That's not good kan? Promised me that you will remember me, okay sayang? I missed you seriously. Thanks for everything sweetheart ! Love you till death, heartbeat ! Assalamualikum. :)

Pengkebumian berlalu. Irsya sangat sedih dan dia merasakan itulah cinta yang paling bermakna yang pernah dia miliki semua kerana Allah. Yip adalah sebuah kenangan yang terindah.

Love you Muhammad Afiq Adrian :) - Irsya.

~The End, Syazwani ~

Friday, 24 August 2012

Korean Style

Assalamualaikum
Ape kabor insan-insan sekalian alam ! What's up !


Tengok gambar kat atas tu dah tau yang aku nak cakap pasal SEOUL. Sekarang 
ramai girls yang minat korea. Boys pun ape kurangnya. Cuma malu nak show off. kann?
 Artis korea buat konsert
boys yang terlebih yang beli tiket dan shout kuat-kuat. Alahai ~
Anggaran aku girls yang minat boys korea sebab muke diorang ohshem kot.
boys pulak sebab girls korea kiut-miut, putih pulak. Aloh, tak asli belake tu. Meh check-check gambo ~

Kan ohshem tuh ~
style betol kan? kan?

Comelkan? Alolo ~ ^_^

SiWon ~ ohshem-ohshem ~ :*

Hape-hape jelah mek jemah oii. ~

Actually tengok cerita korea ade pro and contra dia. Kita boleh bandingkan dengan agama kita, Islam. 
Lain kan? mesti lah lain. ~ Agama diorang membenarkan yang tidak dbenarkan dalam islam.
Islam tegah semua benda yang diorang buat. Contoh siket. Trust to the padlock love, kissing and hape-hape jelah. Malas eden nak ulas. Kan tak baik tuh. Musuh akhir zaman umat islam adalah orang yang bermata SEPET ! mate macam nih (-__-)

Ni padlock yang kapel-kapel letak dekat Korea.
Korang mesti penah tengok dalam cerita-cerita kan? Tipu bebenor
kalo tak penah tengok sape yang gile korea tuh.
Kalau korang minat sangat korea jangan lah sampai menjerit=jerit, terpekik sana
sini. Tak baik untuk ketenteraman sejagat tau? pahang lake?

~ Wo hen ai ni ~
Till then
Choww

Thursday, 16 August 2012

KaiZhai jie Kuaile ^_^

~ Assalamualaikum and ni hao ~

Dah lame tak hupdate belogg ni kan. Disebabkan insident yang menyayat hati tak dapat lah hamba nak menaip. Seliuh tangan sebab jatuh dari pokok. But thanks
to ALLAH sebab masih boleh bernapas dan tarik napas
panjang-panjang. Meh buat senaman hidung sat.
(=oo=)(=..=)(=oo=)(=..=) 
okay dah. Kalau nak banyak-banyak buat sendiri la yepp. ^_^


Kalau korang nak tau nie la Jung Yung Hwa. Suare die besh ! 
Suke sama dia. ~ :D
Aku dah tatau ape nak mengarut lagi sebab terlalu bosan tunggu bukak puasa.
OMO ! 2 hari lagi nak raya. Kaizhai jie kuaile (selamat hari raya) ~
Tak dapat kite nak beraya rumah korang (warga kelantan) sebab kite balik kedah.
Wait for me Negeri Jelapang Padi !
Duibuqi (i'm sorry).

~ Wo hen ai ni ~
Till then
Choww

Thursday, 21 June 2012

Lelaki Tidak Tertarik Kerana....

3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Dengan Korang. 


Hello gadis-gadis superb and jejaka 'memilih' sekalian alam. What's up?

Malam yang dingin and ditemani hujan dan kipas National ni. Mrs Joker nak kongsi something yang menarik sket. Penah tak korang fikir kenapa boys tak tertarik dengan korang? Mesti pernahkan? Tipu la kalau korang kata tak. Tapi korang rasa korang ni sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan and cun melecun vavavom. But, kenapa diri korang ni macam kutub magnet yang buat lelaki tak attract langsung dengan korang. Kutub magnet rosak kut.

Maybe korang tertanya-tanyakan kenapa lah boleh jadi sebegitu rupa. Don't worry gadis-gadis kesunyian sekalian. Mrs Joker nak bagi jawapan yang super dupper buat korang rasa lepas baca entry ni. Rasa macam terus nak ubah diri korang. So let's check it out ~ :D

Kurang Keyakinan Diri.

Maybe yess korang kata korang cantik, tapi korang yakin ke? Macam mana kalau ade sorang boys ni kutuk korang and said " Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada lah ! Dah la gemuk ! ". So, korang tetap cakap yang korang ni cantik ke?
Kalau korang kata 'Ya' . Baguss. Aku tabik supree la dengan keyakinan korang. Certain boys saje je nak test korang. Arghh. Jangan peduli apa orang kata. Yang penting korang yakin diri and abaikan lalat dan langau yang cuba melemahkan korang tuh.

Korang Tidak Cool.

Ouhh.. Boys sangat tak suka kalau girls yang cepat marah, melenting and merungut. For boys uols ni macam jenis yang mengada-ngada and gedik. Cerewet pula tuh. Package lengkap betol. Korang kena matang and lebih keperempuanan. Boys suka girls yang lemah lembut and rilex sepanjang masa. Don't be kelam kabut yep. Korang kena cool je bila depan boys. biarlah tadi tersepak batu besar macam gajah sekalipun. Be chill and rilex yepp.


Korang sure ke nak marah-marah depan boy yang muka macam kat atas tuh? Alolo. Sah-sah korang tunduk sampai ke lantaikan. Maklumlah ohshem. Jangan marah-marah sebab itu boleh menggugatkan ego boys. Dah memang sah-sah boys akan jauhkan diri dari korang. For them, korang ni memang poyo tahap cipan. ~

Penampilan Diri Tidak Menarik.

Okay korang mungkin yakin and cool dalam perwatakan. But, sayangnya penampilan korang langsung tak menarik. Dress korang compang camping, selekeh and tak terurus. Oh boys langsung tak minat dengan girls yang tak pandai urus penampilan. Op cos nanti boys fikir. Dah diri tu tak pandai jaga. Nak jaga suami? Alahai ~ fikir-fikirkan lah. So, hiasilah diri anda and jangan over pulak ye. Ni pi bantai lipstik merah menyala, bedak setepek 10 inci. Huduh bebenor. Berpada-pada la ya. AND, jangan dress seksi seksa ya. Nanti mata boys pulak yang terseksa. APTB ~ 

*APTB mean Apa Pun Tak Boleh*

Tengok. Kan cantik tuh senyum menghiasi mukamu. Muah ~
Till then. Choww ~ 
*By : Tomboy

Saturday, 16 June 2012

TASTE LELAKI BUKAN PEREMPUAN SEKSI?

assalamualaikum, budak emo disini.. saya tak emo lah! =_= whatever lah,saya x pandai menaip tapi buat-buat pandai je.. korang x kesah kan? hehe (buat muka tade perasaan) berbalik kepada cerita tadi, pasal taste jejaka-jejaka idaman malaya semua.. haha, idaman lah sangat.. taste korang mcm mana eh? kain terbelah? kain tak cukup? atau kain langsuir? haha, saya buat lawok tah pape pulok.. 
wahai gadis-gadis,perempuan-perempuan,wanita-wanita di luar sana.. x perlu korang tunjuk kaki ke lengan ke ataupun rambut korang dekat lelaki di luar sana.. kerana mereka tidak mendambakan semua itu, yang mereka mahu hanya lah kesucian, keimanan, kpercayaan kepada-NYA, dan sama waktu dengan nya sahaja.. lelaki yang suka perempuan bukak sana bukak sini tu lelaki yang mementingkan nafsu sahaja.. mereka semua tu DAYUS.. so, girl fikir-fikir kan lah yep? HAVE A NICE DAY ^_^

jagalah aurat mu wahai kaum hawa,kaum yang di pandang mulia.. kaum penyeri dunia..:)
p/s: saya menegur kerana saya sayang semua kaum hawa di dunia ini..:) jgn kita tanggung dosa sama-sama yep? sayangi diri anda sendiri..

By: budak emo lah sangat ~

Friday, 15 June 2012

Bila Break Up........

Tips Survive And Tak Nak sedih Bila Korang Break Up. :)

Assalamualaikum
Hello gadis-gadis yang kena dump sekalian. Whats up? Menangis lagi? Alololo.

Pada hari yang ohshem ini, Mrs Joker a.k.a budak sengall dengan rajin dan baik hati serta comel-comel ni ingin menolong girls sekalian memulihkan hati yang terluka itu. Mana tak nya, aku kesian nengok korang asyik kena dump je kan? Dengan itu, Mrs Joker dengan baik hati mewakili Dumpers seluruh dunia ingin meminta maaf kalau korang merana di atas pen-dumpian tersebut. Nak-nak kalau korang di dump biarpun korang dah setia gila dekat boyfriend(s), husband and scandal(s) korang sekalian.

Actually, sebelum nie dah banyak kali aku dengar pasal per-dumpian dan Tips Untuk Survive Bila Putus Cinta termasuk Tips Lupakan Boyfriend / Girlfriend. Tetapi entah macam mana, baru sekarang aku terasa nak buat tips ni. Almaklumlah kan, aku budak baik. Nak tolong korang untuk menghilangkan rasa sedih kena dump tuh. Jum check ~

So, girls yang wangi sekalian. Apa yang perlu korang buat bila kena dump oleh seseorang yang korang gila-gila sayang?

Cry.
First thing adalah CRY. If you really love him and you can't forget him and you really want to cry, then cry. Cry out loud. Get yourself a room, bathub and whatsoever and cry. Cry memang tak dapat mengembalikan boyfie korang. Keluar air mata darah sekali pun tau boyfie korang tak akan datang melutut balik. So, yes, menangis tak boleh selesaikan masalah. TETAPI,  menangis boleh membuatkan korang rasa lega.

Why the hell in earth menangis boleh buat korang rasa lega? Well, if i'm not mistaken la. Kandungan dalam air mata adalah Manganese which is satu badan yang boleh kasi efek kat kita punya mood. Which is boleh meningkatkan ketenangan dalam diri kita, Sebab itulah menangis tu baguss tau ! :D


Delete all of social networks and contact.
Yaaa. Dunia dah maju okay. Siapa lagi yang tak ade social network? Eh, ade lagi makhluk yang tak ade social network. Datang dari zaman Tok Kun ke? and, aku bet yang kat social network tu banyak kenangan manis korang bersama si dia bukan? Yess, di Facebook misalnya, sure tempat korang bermanja-manjakan. Tempat korang first jumpa. Oppss ~ terasa. haha. Sure kkorang ingatkan. Alololo. Suwitnye semua tu. Cairkan? 

But don't cair ! You want to forget him, you need to be strong as SUPERMAN. And a strong girls akan boleh block ex punya Facebook dan delete nombor orang yang sayang dia. And kalau hafal nombor tu. Pandai-pandai delete la ye, pegi hantuk kepala kat dinding ke. buat-buat langgar pasu ke. Kann ~

Buang semua barang yang boleh mendatangkan kenangan.
Burn baby burnn. Come on, dia dah dump korang. Korang nak simpan lagi barang dia bagi.? Nak buat ape? Menyemak adalah. Kalau ada bagi emas or permata jual je. Boleh buat shopping. Kalau ada bagi baju, buat je tempat alas kaki serta kain buruk. Kalau bagi bebear, lukis muka ex korang then tampal kat muka bebear tuh then buat punching bag. Lepas geram. So easy rite? Don't make it complex. Kalau korang tak buang memang susah la korang nak move on.
Don't fall in love with good memories. Fall in love for the better future.

You are single, then go mingle.

Kalau korang dulu asyik ber YM, Skype, BBM or main webcam segala. Tinggalkan segala benda yang membuang masa tu. Buat aktiviti yang boleh mengilakan anda. yang tak masuk akal. Stalk page orang ke. Usha-usha budak nerd tepi kolej ke. Mana la tau kot-kot masa tengah buat kerja gila tuh ada bekas Imam Muda nampak korang and dia rasa korang perlukan pembimbing. sape lagi nak bimbing korang kalo bukan dia. Ye tak? Tup-tup dia datang rumah korang nak meminang korang. Kan happy ending tu?

Tapi cerita Imam Muda ni tak akan berlaku di alam realiti kot. Hanya berlaku di belogg aku nie je. Apa korang ingat Imam Muda nak ke kahwin dengan girls yang gila sebab baru putus cinta. Pehliss ~ :D

Well, even korang setia macam mana pun, boys mungkin akan dump korang semua. Biasalah, boys kan kaum penyayang. Kasih sayang diorang terlampau banyak untuk dicurahkan kepada seorang gadis je. 

And , don't hate all boys please. Don't make it as "Semua lelaki sama je" sebab korang tak jumpa lagi lelaki yang baik-baik. Tu lah aku bagitau suruh jadi girls yang baik-baik taknak. kan da kena dump dengan boys. ~
Hope aku boleh apply semua benda ni kalau aku kena dump dengan "abg" aku. *Nangis*.
Haha ~ sekadar gurauan.

Show up girls yang korang tak selemah yang disangka.
Till then.. Choww ~

Tuesday, 12 June 2012

Bertunang Tanpa Sedar

Menjadi tunang Orang Tanpa Sedar ? :O




Lama dah Mrs. Joker tak hupdate belogg ni kan. Nak buat macam mana busy la katekan. Biasalah kalau ada jawatan kecil-kecilan kat sekolah kompem busy. Ni yang korang bace tajuk kat atas tuh. Sekali dengan gambar aku taruk nak bagi korang faham yang aku nak kasi impormasi pasal BERTUNANG. Elehh.. Mrs. Joker kecik-kecik dah pandai bertunang. haha ~ Whateverlah. Aku yang bertunang, bukan korang. Ni dah sesi mengarut ni. Jum kita baca sikit pasal bertunang tanpa disedari ni. Kalau ada yang terlibat baguss la. Untungg sebab ade orang nak bertunang dengan korang. ~ :D

Ni kalo ada seorang lelaki bagitau korang (girls) untuk amik korang jadi isteri dan korang bersetuju. Adakah ia dikira bertunang walaupun ibu bapa korang belum tahu atau kira tak kenal pihak lelaki? Hah, cer teka.. banyak Mrs. Joker dengar masalah ni. Meh nak bagi jawapan yang super dupper buat korang berpuas hati. Meh-meh kita baca ~ :)


Makna pinang dari segi syarak adalah pihak lelaki menyatakan hasrat berkahwin kepada pihak orang puang. Then kalo pihak puang tu kata setuju, maka puang itu dikira menjadi tunang kepada lelaki tersebut. Meh nak kasi contoh sikit. Kalo lelaki kata kat puang ni. " Aku ingin jadikan kau sebagai isteriku." and " Kahwin lah dengan kita bila-bila masa." jawab puang tu. Maka dari segi hukum syarak, tatkala pihak puang setuju, dia telah menjadi tunang kepada lelaki tersebut walaupun ia disebut dalam telefon. Paham? 







So, haramlah kalo lelaki lain nak masuk meminang korang yang sudah tunang kalo hal tuh sudah diketahui. Tapi kalau ada lelaki lain yang nak masuk meminang tapi dia tak tau yang puang tu dah bertunang, maka ia tidak haram. TAPI ! yang hantar rombongan rombongan meminang tu wajib ke? Ade je orang tak tau kan. Mungkin yang bace entry ni baru tau yang ianya hanyalah adat MELAYU dan tak ada kena mengena dengan hukum ISLAM pun. Sekarang adat melayu diagung-agungkan. Hukum Islam diketepikan. ~ Aiseyy.. Tak mau la macam tu. Kita ni hidup mesti sentiasa berlandaskan syariat islam baru lah bahagia yepp. :)


Jadi kesimpulannye, aicehh. macam karangan bahasa melayu pulak ade kesimpulan nie. hoho. Mrs. Joker budak sibik ye ^^ *sibik = sivik* . Kite nie perlu berhati-hati sebab kita boleh jadi tunang orang tanpa kita sedar. Mesti ramai yang tak tahu dan perasan hakikatnya diorang dah bertunang.




Kalo korang dah betul-betul dah jadi tunangan orang and korang masih muda macam Mrs. Joker nie. bace la artikel nie --> Disiplin Islam Dalam Pertunangan



Ni Mrs. Joker ade bagi video pasal tunang. UAI lagi tuh ~ dok rok cetong.. haha :D
Tunang pun kena jaga pergaulan tau. 
Till then ~ chowww ~ :)

Thursday, 7 June 2012

DEMAM EURO 2012

assalamualaikum and salam jumaat.. lama kan x hupdate blog.. ada dua admin pun masing-masing busy =_=
tajuk dekat atas tuu pasal euro 2012, haha saya x minat bola sama sekali kalau sokong pun sokong red warriors.. hah,ada masuk euro ke? tak de kan? jd tak payah sokong mana-mana.. cuma tgk je abah menonton bola, dah sah2 tak boleh tgk drama,kartun and so on kalau bola ada.. =_= sabo jelah..


logo euro 2012.. haha, saya tanya salah seorang peminat bola.. "sokong mana?" dia jawab "spanyol" atototo,minat spain yep.. tgk lah bola sampai puas.. and selamat maju jaya kepada semua pemain..
macam la diorang tgk saya punya blog.. tak kan punye..
By: budak emo.. hah? emo? tak lah.. sweet jer..

Thursday, 31 May 2012

Cemburu Tanda Sayang

Cemburu Kanser Kepada Jiwa :)






Salam sayang buat korang from Mrs Joker a.k.a budak Sengal. Aicehh.. tengok tajuk jeles tuh.. Cemburu tanda sayang yepp.. Walaupun aku sekarang sakit kepala tahap nak meninggal. Tapi Alhamdulillah otak aku masih berfungsi untuk type entry ni untuk korang sume. Sebelum korang ucap terima kasih. Kelmarin aku dah cakap sama-sama. haha. Whateverlah. <-- trademark aku.


So, dalam sesebuah perhubungan, tak salah kan kalau ada perasaan marah atau cemburu sebab dah jadi adat kan. Tapi jangan lah lebih-lebih pulak yepp.. Kalau korang rase nak marah tuh cepat-cepatlah pergi sejukkan. Pakwe aku ade bagi tau. Aicehh.. main pakwe-pakwe pulak Mrs Joker ni. haha. okay-II dia bagi tau kalau rasa nak marah tu cepat-cepat pergi minum air atau pun pergi ambil wudu' tengok yang mana terdekatlah yepp. sebab air boleh menyejukkan hati yang sedang terbako..


Meh nak bagitau korang siap ada kajian pakar lagi pasal cemburu ni. Serious bebenor masalah ni kan. Mengikut kajian pakar, hampir 80 peratus keretakan dalam perhubungan berpunca apabila perasaan marah dijadikan perasaan utama. Ini berlaku apabila setiap kali wujud krisis dalam hubungan, setiap pasangan akan mula berfikir untuk memutuskan hubungan dan mencari pengganti yang mungkin lebih memahami perasaan diri yang sebenar. Alahaii ~ sampai nak cari yang lain. Tak mau. Tak mau yepp :)




Hah tengok mata kat atas tuh. mata jeles la tuh. haha ~ Apa-apa pun, kalau ada masalah bincanglah elok-elok ya. Jangan meretakkan rumah tangga korang. Bukan retakkan guna hammer ye. Tak pasal-pasal kena cari rumah baru. Then, jangan lah biarkan perasaan cemburu tuh menguasai diri. Memang cemburu tanda sayang tapi try balance-II kan la ye. Ni Mrs Joker ada nak bagi sedikit tips untuk korang guna kalau nak jauhkan rasa marah dan cemburu dan boleh mengekalkan keindahan hubungan dengan bini / laki / pakwe / makwe korang yepp.. :)


So let's check it out babe ~


 * Jangan sesekali memungkiri janji.
* Sentiasa jujur kepada si dia sebab girls or boys benci apabila ditipu.
* Beritahu si dia mengenai sesuatu perkara dengan tepat.
* Jika si dia dalam keadaan bermasaalah, sentiasa menggembirakannya.
* Kalau korang jujur, si dia akan setia dekat korang.
* Jangan terlalu mengongkong dirinya sebab dia juga inginkan kebebasan.




"Cemburu berpada-pada ya sayang"
Till then.. Choww ~ :D

PERJUANGAN SEORANG IBU

assalamualaikum..:-)
mrs. Joker nak cerita pasal perjuangan seorang ibu.. asyik entry2 romantis je.. teringin jugak taip pasal benda lain..
this blog di taip oleh dua insan, kira kami share lah ye.. tak kesah kan? yang penting menarik.. haha
tahukah anda betapa peritnya seorang ibu,mother,mama,mummy,umi and so on nak mengandungkan kita.. nak bawak kita ke hulur ke hilir masa dalam kandungan.. 9 bulan tu.. nak try mcm mana rasa? cuba korang amik batu bata tu sebanyak 2kg then korang letak dekat perut, berjalan sebanyak 5km dalam masa sehari..confirm korang tak larat kan? ibu,mother,mama,mummy,umi and so on boleh buat.. kenapa tidak anda?
kita patut rasa bersyukur tau di lahirkan sempurna.. cantik2,hensem2,cute2,miut2..kan2? cuba pergi dekat mak korang, renung mata dia.. dan cakap kakak/abang/adik sayang mak..eleh,dekat pakwe makwe boleh cakap tak kan dekat mak tak boleh..renung lah mereka lame2..peluk dia..ucap kata sayang,rindu..buat manja mcm kita baru lahir dulu..masa kita sakit kita cari mak kita dulu kan? sama lah saya.. bila sakit je pergi nangis dekat umi..peluk umi..:'(



p/s:  mak kita tak pernah mengeluh untuk kita.. kita mcm mana pulak? think.. sayang umi!

Ciri-II Wanita Idaman Lelaki

Anok-II Puang Sile Bace :)


Nowadays, ramai girls nak jadi baikkan? Nak jadi wanita solehah. Sebab nak dapat suami yang soleh. Betul tak? Korang pon nak kan.. Habis perut google diselongkar sebab nak cari tips untuk jadi wanita solehah. Kesian google. Haha.. whatever lah.. So, kali ni Mrs Joker nak kongsilah dengan korang ciri-ciri wanita idaman lelaki. harap-II entry nie dapat bantu korang untuk jadi yang lebih baik. yepp ? 

So, let's check it out ~~ :D

First : Berpegang Kepada Agama
Girls yang berpegang pada agama mempunyai keperibadian yang unggul. Tau kenapa, sebab dia jaga batas-batas syariat yang telah digariskan dalam islam. Dia tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan syariat islam. Memang beruntung la boys yang beristerikan dengan girls yang macam ni. Korang boys angkat mouse kalau nak girls macam ni. haha :)

Second : Kecantikan Dalaman 
Girls yang tulen adalah lemah-lembut dalam perwatakannya. bukan lemah tulang atau urat ye. Inilah kecantikan dalaman yang dicari oleh boys kan. Kalau cun melecun tu dikira sebagai BONUSS la kan. Untungg la. Girls yang ada kecantikan dalaman ni tak akan sesekali menjual maruah dirinya hanya untuk WANG. Girls ni tidak akan tunduk pada nafsu yang mahukan kekayaan semata-mata. :)

Third : Manja
Boys suka kan kalau girls tu ada sifat keanak-anakan atau manja. Tapi jangan lah over sangat kan. Naik rimas jugak. Macam kucing lapar Friskis sekali tengok. Nanti nampak macam tak matang pulak. Yang ni bahaya kalau tak matang. Mana boys nak. Kan boys.. erghh ~ Pehlis lah kan.. ~ Manja tu comel tau.. aww ~ :)

Forth : Pandai Menjaga Kecantikan
Boys sentiasa inginkan girls yang pandai jaga kecantikan dirinya. Girls dan kecantikan memang susah dipisahkan. Tak percayakah? Tengok lah muka korang dekat cermin. Cantik kan.. *Jangan perasan suda*. Boys secara fitrahnya memang nak kalau girls yang pandai jaga kecantikan sebab diaorang bangga kalau aweks / bini diaorang cantik. :)

Fifth : Tak Mempamerkan Keseksian
Boys suka sangat tengok perempuan seksi. Tak caye cer korang tengok dekat mall. Try perhati kaum boys ni. Awek punya lah cun depan mata kalau ade girls seksi lalu usha-usha dulu. Kann ~ Tapi INGAT boys tak nak pun ambil girls seksi jadi isteri. Tanya Mat Pit jalan kemboja pun diaorang tak nak. Nak cari girls yang solehah. Rugi laki korang kalau korang dah show up keseksian korang kat public.



Sixth : Tidak Cerewet
Boys suka girls yang tak cerewet. Kenapakah? Sebab girls yang cerewet boleh merimaskan dan mudah menyebabkan kaum boys mudah rasa jemu. Yelah, tiap-tiap hari dengar korang pot-pet-pot-pet itu tak kena ini tak kena. Sumbat dengan kapur baru tahu kann boys.. Tapi biasalah cerewet dengan girls jarang dapat dipisahkan. Betul kan girls.. kalau setuju up your hand ! :)

Seventh : Memahami Lelaki
Awww ~ boys korang nak kan girls yang faham korang. Tak kira dalam keadaan suka dan duka kan. Pendek kata, memang dah pendek pon -_- tanpa perlu bersuara, girls dah dapat baca riak wajah korang kan boys. Then bertindak sebagai ejen penghapus bacteria-bacteria jahat dalam otak korang. Boleh jadi penghibur. Tapi bukan macam badut sarkas ye sayang. Tak mau. tak mau. :)

Last : Sejuk Mata Memandang
Girls, kalau korang nak pakai macam mana pun. It's okay. tapi bagilah pakaian korang tuh kalau orang tengok sejuk je mata. Bukan memanaskan mata. Nak pakai shawl belit-belit sampai 8 petala pusingan pun tak apa. Janji tutup aurat. Ciri-ciri girls sejuk mata memandang:

= bersopan santun
= Sentiasa memaniskan wajah
= sentiasa memberikan senyuman ikhlas
= menutup aurat
= ramah dan mesra
= tidak terlalu cemburu
= menghormati orang lain
"Gunakan lah kecantikan mu ke arah kebaikan"

Bakal SUAMI - dancing machine

Bismillahirrahmanirrahim...


Salam Bakal Imamku :)


Sayang sedar diri ini serba kekurangan. Tidak sesempurna manusia. Abang, sayang bukanlah sempurna untuk mengharapkan lelaki yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tapi sayang sedang merubah diri sayang untuk menjadi seseorang yang lebih baik. 


Sayang tak risau tentang jodoh sayang. Kalau sayang tak dapat kecapi cinta seorang lelaki tak mengapa. Sebab sayang tahu ada cinta yang kekal abadi. Cinta Allah. :)


Andai abang sebagai jodoh sayang belum tiba lagi (pening sikit), sayang anggap abang sedang membina kepimpinan abang untuk memimpin sayang sebagai seorang isteri kelak.


Abang jagalah cinta itu untuk sayang. Kerana cinta itu mudah dicuri oleh orang lain. :)




Kalau abang cari wanita yang cantik, bukanlah sayang orangnya
Kalau abang cari wanita yang kaya, bukanlah sayang orangnya
Kalau abang cari wanita yang bijak, bukanlah sayang orangnya
Kalau abang cari wanita yang pandai bergaya, bukanlah sayang orangnya

Tapi kalau abang cari wanita untuk dipimpin. Carilah sayang. Sayang akan ada untuk abang pimpin ke jalan Allah. InsyaAllah bakal suamiku ..


"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia
sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya
kamu benar-benar menyintainya setulus hati"

Wednesday, 30 May 2012

ISLAM ITU INDAH :)

PETUA DALAM ISLAM UNTUK WAJAH BERSERI ^_^








Kali ni Mrs. Joker nak bagi tips sikit dekat korang. Tak kira lah korang tu lelaki or perempuan semua boleh amal tips yang aku bagi ni. Sekarang ni kan korang perasan tak ramai nak muka tu bagi cantik / handsome / ohshem and so on lah. Kannn.. Then mula lah nak beli products mahal-mahal. Tak ape lah. korang kan KAYA. Untungg lah. haha.. Iklan kat tv banyakkan suruh serikan wajah. Minum INNERSHINE pati halia lah, pati tempoyak lah. And so whateverlah..


Dah banyak sangat yang aku mumbling nih. meh kita tengok and baca tips-tips nie yapp..
Semoga bermanfaatlah untuk korang semua. Nenek pon boleh amalkan tau. :)


Petua 1 :
Amalkan membaca 'Ya Qawiyyu' (maksudnya wahai Yang Maha Kuat) setiap kali selepas memberi salam kedua selepas solat. :)


Petua 2 :
Jangan cuci muka (dengan cleanser) pada waktu pagi kerana amalan ini akan menghilangkan seri wajah. Cuci muka sebelum tidur. :)


Petua 3 :
Gunakan 3 jari tengah untuk menggosok muka sewaktu mencuci muka atau menempek moisturizer. :)


Petua 4 :
Berselawat 3 kali dan tiup ke atas bedak muka setiap kali sebelum berbedak dan berdoa "Ya Allah serikanlah wajahku agar yang memandang berasa senang denganku". :)


Petua 5 :
Membaca Doa Bercermin "Ya Allah, sebagaimana kau cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku". :)








Berwudu' juga boleh menyerikan wajah korang. Siapa-siapa berwudu' akan terlihat 'NUR' di wajahnya iaitu cahaya keimanan yepp. yepp.. :)


"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain.




TAH PAPE PUNYE TAJUK,TIBAI JER! =_=

heyyo! assalamualaikum and selamat malam..! haha.. mood today alhamdulillah baik saje.. terasa ingin menaip so saya taip, idea tak de saya tibai jer.. =_=
nak kongsi cerita sweet muit sikit dengan korang, nak tahu? haa.. mehhh nak cite.. 


one day, seorang pelajar mesir "lelaki" kena bagi ceramah dekat bebudak sekolah "perempuan" sahaja. nak dikatakan cerita lelaki tu sebenarnye pemalu tahap dewa..kuakuakua,lawokss~ 
pada masa dia nak sampai kan ceramah dia mengarahkan semua pelajar perempuan tu macam ni "SAYA NAK SEMUA BERPALING KE BELAKANG KETIKA SAYA MENYAMPAIKAN CERAMAH" sbb apa dia buat mcm tu? haha.. dia kan PEMALU triple xx haha..


sesudah dia mengajar nak dijadikan cerita salah seorang pelajar perempuan dr kelas tadi seorang yang NAKAL triple xx..haha.. ade2 je dia nak kenakan ustaz tadi..dia menyekat perjelanan ustaz tu dengan selambe makcik dia je..lalu dia berkata "HAI,USTAZ SEMAD! *PEACE*" haha.. tak de keja kan? =_= ustaz tadi kemain lagi malu sampai kulit dia yang sawo matang tu bertukar menjadi merah macam ayam panggang..hoho! apekah nasib pelajar itu agak2 nye?



haha..sejok hati tengok gambo atas ni kan? okay,sambung cite balik..
rupa2nye ustaz tu jugak lama suka dekat budak NAKAL triple xx tuh..tapi dia malu doee! haha..okay2,sambung balik..ustaz tu dengan selambe pakcik angkat dia jer angkat muka then cakap "SAYA NAK JADIKAN AWAK ISTERI SAYA,PENDAMPING HIDUP SAYA..SEUMUR HIDUP SAYA,BOLEH?" haha..tgk2,berani punye ustaz..:p  pempuan tu terpaku dan terdiam dan tiba2 dia jadi manusia paling malu dalam dunia..how sweet~~ 

finally,alhamdulillah seorang ustaz yang pemalu mampu menakluki hati seorang perempuan yang nakal..

p/s: jangan risau kalau jodoh tak kesampaian,doa itu penting..insyaAllah 'si dia' akan menjadi milik anda sepenuhnya..sekian..

Joker Tralalala

My photo
kota bharu, kelantan, Malaysia
budak baik,err xjugak.. nakal sikit-sikit..saya mudah terasa tapi saya suka tolong orang..(TERpuji diri sendiri ops!) saya boleh buat lawak..:-)