Salam Bakal Imamku :)
Sayang sedar diri ini serba kekurangan. Tidak sesempurna manusia. Abang, sayang bukanlah sempurna untuk mengharapkan lelaki yang sempurna untuk dijadikan teman hidup. Tapi sayang sedang merubah diri sayang untuk menjadi seseorang yang lebih baik.
Sayang tak risau tentang jodoh sayang. Kalau sayang tak dapat kecapi cinta seorang lelaki tak mengapa. Sebab sayang tahu ada cinta yang kekal abadi. Cinta Allah. :)
Andai abang sebagai jodoh sayang belum tiba lagi (pening sikit), sayang anggap abang sedang membina kepimpinan abang untuk memimpin sayang sebagai seorang isteri kelak.
Abang jagalah cinta itu untuk sayang. Kerana cinta itu mudah dicuri oleh orang lain. :)
Kalau abang cari wanita yang cantik, bukanlah sayang orangnya
Kalau abang cari wanita yang kaya, bukanlah sayang orangnya
Kalau abang cari wanita yang bijak, bukanlah sayang orangnya
Kalau abang cari wanita yang pandai bergaya, bukanlah sayang orangnya
Tapi kalau abang cari wanita untuk dipimpin. Carilah sayang. Sayang akan ada untuk abang pimpin ke jalan Allah. InsyaAllah bakal suamiku ..
"Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia
sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya.
Kisah silam tidak perlu diungkit lagi sekiranya
kamu benar-benar menyintainya setulus hati"



No comments:
Post a Comment