Tentang Hati Sayang :)
Banyak orang bercakap tentang permasalahan cinta tapi tidak sesuai dengan yang sebenarnya. Atau tidak menjelaskan batasan-batasan dan maknanya secara syar’i. Dan seakan-akan yang membahas masalah ini mempunyai pemahaman yang salah bahawa ianya berkaitan dengan akhlaq yang rendah dan perzinaan, satu perkataan yang keji. Dan dikaitkan pula dengan zina hati. Hal ini adalah salah. Kan.. aku rase ramai couple dari BERCINTA. So what everlah. :D
Cinta dan rindu adalah sesuatu yang berkaitan dengan manusia yang memotivasi mereka untuk menjaga dan mendorong kehormatan dan kemuliaannya... Aku nak bagitau yang terpenting adalah batasannya, penyimpangannya, kebaikannya dan keburukannya. Cinta dan rindu adalah dua kalimat yang ada dalam hati setiap manusia, dan mereka memberi makna tentang kedua-dua hal ini sesuai dengan apa yang mereka rasai yep. yep. :D
CINTA (AL-HUBB)
Cinta, iaitu Al-Widaad yakni kecenderungan hati pada yang dicintai. Itu termasuklah amalan hati, bukan amalan anggota badan atau zahir... Pernikahan contohnya, tidak akan bahagia dan berfaedah kecuali jika adanya cinta dan kasih sayang yang lahir dalam hati-hati pasangan suami isteri... Dan kunci kepada tumbuhnya kecintaan adalah melalui pandangan. Oleh disebabkan itulah, Rasulullah SAW menganjurkan pada orang yang meminang untuk melihat pada yang dipinang agar sampai pada kata sepakat dan cinta... Actually aku saje je buat entry pasal LOVE nie.. Sebenarnya CINTA ni suci.. Jangan lah korang pegi cemarkan nama baik CINTA.. Cinta tak salah doe ~ RINDU pon tak salah.. haha.. hey da jadi sesi mengarut nie. okay-II kite teroskan yepp.. :D
'Pandangan' pulak.. Allah dah bagi tau yep.. suruh tundukkan pandangan. sebab bila tengok mesti terpaut. Korang penah dengar. DARI MATA TURUN KE HATI ~~~ Korang tahu pandangan itu kunci kepada hati. bukan padlock ke hape ke yep.. Andaikan tidak ada rasa cinta lelaki pada wanita atau sebaliknya, maka tidak adalah pernikahan, tidak adalah keturunan dan tidak adalah keluarga. Hah, 1 more pandai2 la korang nak BERCINTA macam mana pon. tapi SYARAT.. jagalah batas pergaulan anda dengan pasangan anda yepp..
RINDU (AL-’ISYQ)
Rindu tuh cinta yang berlebihan. Ada rindu yang disertai dengan menjaga diri dan ada juga yang diikuti dengan kehinaan. So rindu tuh bukanlah hal yang tercela dan keji secara mutlak. Kadang-II orang yang rindu itu, rindunya disertai dengan menjaga diri dan kesucian, dan kadang-kadang ada rindu yang disertai kerendahan dan kehinaan TAU !
"Sebagaimana telah disebutkan tentang cinta, maka rindu juga seperti itu, termasuk amalan hati, yang manusia tidak mampu menguasainya. Tapi manusia akan dihisab atas sebab-sebab yang diharamkan dan atas hasil-hasilnya yang haram."
So, kalo korang rindu makwe ke pakwe ke tak ape. dok salah sikit habuk pong. hah, da nak kuar kelantan aku nih. haha. whatever lah. aku harap ENTRY aku kali nih bermanfaatlah untuk korang.. yep.. Salam Sayang ^_^
Bercouple tu HARAM yepp..
Bercinta tu berkongsi perasaan yang dikurniakan oleh ALLAH :)
p/s : Aku Bosan that y tulis entry nie. sekadar perkongsian :)




No comments:
Post a Comment